Isnin, Disember 19, 2011

Suzi?

Jeng Jeng Jeng! gambar intro yer hari ni..
Siapa Suzi?hahaha...
persoalan utama disitu.
Mari kita kupas topik ini perlahan2 yer kawan2.

Kisahnya begini...
Suzi adalah kawan comolot aku masa kecik2 dulu. kalau tak salah, masa dia umur 5 tahun dia pindah ke rumah sebelah rumah tok sedara aku. kira jiran depan rumah aku la dia ni...
ada 7 beradik dia anak ke-4. Memang kawan rapat gila ok ngan dia ni..siap tido sekali, mandi sekali...(masa zaman kecik2 la, ko gila nak buat keje gitu besar2 ni?)

Pastu kan, masa aku masuk tingkatan 4 kitorang lost contact terus walhal umah depan2 je. Mak2 kitorang still on je lg. dah jumpa tiap2 hari uol...
cuma aku n Suzi je la yang memang tak jumpa langsung. Raya pun tak g umah dia. Dia lagi la haram nak mai umah aku kan walaupon dulu tiap2 hari kot makan minum bersilih ganti. Kalau tak umah aku, umah dia..hahaha...

Sampaila hari raya aidilfitri baru2 ini (tahun ni la), aku dengar cita mak dia nak cari jodoh untuk dia.hahah..(tok sedara aku la citer). then, aku tompang la gembira kan..
pastu, masa aku dok bercucuk tanam depan umah (i mean berkebun la), mak dia datang umah aku. Tegur aje la macam biasa.

Malam raya tu (sambil aku dok isi biskut dalam balang, feeling tak aku?), mama kesayangan aku mai. Katanya mak Suzi berkenan kat aku. Wahhhh! (berbunga2 nih..tak penah2)
mesti korang dah bole teka kan jalan citer ni camne...ok2, takpe.. aku nak gak citer lagi..haha

Then, petang raya aku g la umah dia...perghhhhhhhh! CANTIK gila!
memang aku ketinggalan zaman jauh sgt dah...dia dah bukan Suzi yang aku kenal dulu. Suzi depan mata aku ni Suzi yang dah matang! i suka!!!hehe...
dia malu2, aku malu2..tak cakap banyak pun memasing. siyes weh berdebor...



Yang tak le blah tu, baju raya sama kaler! gila2!!! sekadar senyum aje lah...
Nak balik tu, salam2 la kan..dah raya...
sampai depan pintu mak dia lak over!

Mak Suzi (MS): Yo ada jumpa sapa2 dah ka? (Yo adalah ganti diri aku...itu nama timang2an kat umah...korang shadap!)
Aku (A): Hah? Mana ada sapa2...
MS: Tak nak masuk ke?

A: Masuk apa?

MS: Suzi single lagi. Auntie reserve untuk Yo dah.

A: Eh! (jantung wa rasa nak luruh doe!)

MS: Fikir2 la dulu eh.

A: Saya tak kisah kalau dia pun ok. (ok, ini kenyataan bunuh diri)


Masa tu, mama aku ada sekali. Dia hanya pandang je...senyum2! Suzi pun ada sama. Dok sembunyi belakang mak dia. Aku masa tu kontrol gentleman la...korang ni...gelak je kan!
Sambung lagi...
Aku ni bukan apa...banyak lagi hajat tak kesampaian. kerjaya, hidup n macam2 lah. famili aku pun tanggungjawab aku ni tak lepas2 lagi. ni kan pulak nak bertanggungjawab atas anak orang. mana bole. berdosa seksa anak orang kan? xnak la buat orang itu menderita. aku pun belum bersedia lagi...even utk mengikat sesebuah perhubungan.

aku tengok member2 yang bertunang lama2 macam susah je...banyak masalah! aku tak mau la...
biar dia cari orang lain dulu. mana tau orang tu boleh bahagiakan dia...
mungkin nanti dia boleh jumpa orang sedarjat. Well, famili dia 'Tengku', famili aku ni dah kurang dah darah rajanya...royal blood sebelah mama aku je...Nanti kalau kitorang bersatu (wah!), takut keturunan kitorang makin turun pangkatnye...yela, aku ni 'Nik' je...(matilah feeling2 lebih!)



hmmmmm...(ngeluh panjang sket).
sama2 kita doakan dia akan bertemu jodoh sepadan ek. sama2 kita doakan dia bahagia.:)
sama2 kita doakan kita akan bertemu pasangan yang selayaknya buat kita. kalau dia adalah pelengkap kita, maka terimalah seadanya...itu jodoh kita.

cHiao~

6 ulasan: