Isnin, Disember 19, 2011

Pancaroba Rombongan Cik Kiah

Wallaweh tajuk tak le blah U!
I rasa loya2 tekak, pening2 kepala...apakah permainan ini?
ok2...back to reality.

Aku tiba di sini sebab nak berkongsi cerita perjalanan penuh suka duka aku bersama rakan2 study USM dulu ke kenduri kahwin Marina Muhammad...wah! dah kawen uols...
selain Marina sebenarnya ada lagi rakan2 kami yang dah melepasi fasa baharu dalam kehidupan.
Kak Anis, Yuliza, n lain2 la..ku lupa sebab banyak makan semut gatal yang dok merayap tepi peti sejuk.

Well, TAHNIAH saya ucapkan! Saya jeles anda semua sudah bahagia bersama pasangan masing2. AKu ni entah bila la kan nak mendirikan masjid macam kengkorang. Uhuk3! *tersedak milo.

Nih sedikit momen yang sempat aku rakam la semasa majlis menyambut menantu di rumah shuben Marina yakni Luqman. (shuben bermaksud laki dia)


Meriah majlis itu biarpun hujan turun dengan lebatnya tetiba...(hujan rahmat uols). Dingin bumi seketika kan..hehe...

Kembali ke topik asal entry ini, sebenarnya macam2 pancaroba kami tempuh untuk ke kenduri Marina itu kalau nak tau lah...tak nak tau xpa..tak paksa....:'(

1- Kitorang misscommunication dgn gerombolan kereta Maivi Kay untuk bertemu di lokasi yang dijanji. Sampai kereta yang aku naik bersama Syida & PokJat tersalah masuk lorong hiway.lalalaa...tapi nak ditakdirkan tetiba terselisih ngan keta Kay. Oh! Indahnya nikmat Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui...so, kami teruskan perjalanan saja. hanya berkomunikasi melalui sebelah menyebelah tengah2 hiway. samseng tak?

2- Sampai area Tapah, tayar depan sebelah kiri keta Kay pecah! sebab kitorang berlumba2. eh! bukan itu sebabnya ok..terlebih muatan? oh! lazer disitu...ntahla uols...sebab apa kitorang pun tak tau.tapi lepas je pecah, Kay berenti tepi call PLUS, tak sampai 10 minit mekanik sampai tolong tukarkan tayar spare. hebat kan mekanik Melesia? kitorang yang dah mendahului ni xle patah balik so tunggu kat R&R aje...

(kesian si puteh Kay)

3- Cari kedai tayar tak jumpa. semua tutup sebab itu hari cuti am! maal hijrah kalau tak salah aku...dah la keta Kay dah sedikit nazak, kedai lak banyak tutup. cari punya cari, jumpa la 1 kedai Indian ni...mahal gak kene ketuk. tapi apa boleh buat kan? benda dah nak jadi...pasrah itu menyerah (tetibe mood Ombak Rindu membadai jiwa)

(kay *kiri* bersama kak wani)

4- Sesat! Nak cari jalan ke rumah Luqman tu sesat pulak memasing. tu la kekwat nak ikot jalan kampung. xnak ikut hiway. kan dah menggelupur! (kami yang satu keta pokjat nila) Tapi, memang takdirla kan kitorang berjaya jumpa rumah Luqman la weh! Kat Lahat (area Ipoh, Perak). Tu pun ikut kata hati je...main redah! giler hebat ok kitorang! alallalalallala

5- Sesat kuasa dua! Balik tu konon2 nak makan durian...tup2 berpusing2 entah kemana la aku pun tak tau dekat 3 jam! kene pukau ke hapa nih? oh! permainan..permainan...haha...sampai masuk perkampungan orang asli la..masuk hutan la..masuk segala benda lah. lastly, lepas berenti rehat kat masjid tu baru terjumpa kedai durian. terus berenti mendadak then melantak!hahaha...i loike!

(yer, mereka sedang ernak melantak durian)

6- Sesat kuasa tiga! Dah masuk hiway menghala KL tu ada eksiden. dalam 3-4 lokasi. cuak dow! pastu nak cari kedai makan la pulak..nak makan nasik..dah malam kan..lapar balik uol..nak g area Sentul, sesat pulakkkkk....tu pun bole sesat ke? ok2...kitorang kalau jalan Penang boleh r makan, ni bukan kawasan kitorang. So, dimaafkan kan?kan?kan? akhirnya, melantak kat Kampung Baru saja...wiwiwiwiwi!

Jadi, itulah sedikit sebanyak pengalaman yang sempat aku kongsikan untuk korang semua. thanks sudi singgah walau kejap. aku tau kalau tulis panjang2 korang tak nak baca kan? haha...nampak tak permainan ini? ok, nak tulis entry lain pulak ni..

cHiao~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan