Khamis, April 07, 2011

travelog SINGAPURA

part 1
06.04.11

pergh!nampak sangat ler akan ade banyak part lagi erk?haha..
xpe2, dun worries okei... haku akan coba untuk tak senakkan kepala hotak hangpa dengan perkara karut-marut.

memulakan cerita perjalanan haku ke Singapura,...
ketapi bertolak jam lewat 15 minit seperti yang dijadualkan asalnya iaitu 2300.
oklah tu, kalau nak compare flight delay yang sampai berjam-jam tu kira naik ketapi ni jarang akan ada kes-kes kecemasan delay mendelay kecuali ada bencana alam.


so, bergeraklah keretapi Senandung Sutera kami menuju ke negara pulau terkecil Asia itu...
tempat duduk haku L3, 32. ekceli bukan duduk pun, kami beli gerabak yang hado katil...
so, leh la baring2. kalau tak nak buleh gak feeling2 jengok tepi tingkap sambil merenung nasib masa depan..haha..

ececece!

harge? RM45 sajer untuk satu trip perjalanan pergi. baliknya pun sama saja..hehe..murah je an?
sepanjang perjalanan, macam2 aktivitas haku buat...xleh tido katenyer...hal ini termasuklah merayap-rayap dari gerabak ke gerabak. temankan cip-cip merokok. meninjau-ninjau dan mencampo-campo (tangkap gambo).

sampaila jam 5 pagi, kami dikejutkan dengan kehadiran pegawai imigresen yang mahu mengecheck passport perjalanan kami..hehe..
time ni dah nak masuk Singapura dah...
jalan je sikit lagi around 10 minit ketapi berhenti lagik sekali kat stesen Woodlands.
time ni semua penumpang kene turun kosongkan gerabak & bawak semua barang2 hangpa untuk melalui pemeriksaan imigresen.

Sambil2 kita dok kalut dicheck, pegawai2 depa bawak dua ekor hanjz memeriksa dari gerabak ke gerabak.. mana tau kot2 ade yang sedikit nakal nak seludup2 barang2 bahaya ni kan..


lepas tu naik ketapi balik dan perjalanan diteruskan ke stesen Tanjong Pagar.
kalau semua nak tahu bulan JUN ni stesen tuh bakal dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Singapura dan akan dirobohkan untuk dibina penempatan baru.

Perjanjian sehingga sekarang, tanah itu masih dimiliki Malaysia dan apabila tiba detik itu seluruh sejarah yang terukir di sana akan dihapus dan dilupuskan sepenuhnya.
Makanya, stesen terakhir ketapi dari Malaysia yang masuk ke Singapura akan berhenti setakat di Woodlands saje...huhuhu...


Jadi, pesanan kepada rakan-rakan yang ingin melihat keunikan dan merasai pengalaman serta sejarah nenek moyang kita suatu ketika dahulu boleh rajinkan diri melawat Tanjong Pagar sebelum ia dirobohkan sepenuhnya.

(duit yang haku adooo setelah ditukar ke dolar singapore..huhu)

Setiba di sana, kami rehat2kan diri seketika sambil bersarapan untuk mengumpul sedikit tenaga.
Kemudiannya kami menaiki bas ke Selegie Road yang letaknya berdekatan dengan Mackenzi Street untuk ke hostel kami...harge 1.20 dolar Singapura saje..
tak mampu uols nak sewa hotel bagai. maklum sajor kami ini hanya backpackers...hehe...

check in jam 1pm, rehat kejap, mandi manda then baru memulakan misi hari ini.
tumpuan kami ke Arab Street. kenapa ke sana?


sebab kawasan itu tumpuan penduduk berbangsa Melayu majoritinya kerana terletak dekat ngan Kampung Gelam.hehe...
di sana gak ade sebuah restoran masakan Minang yang amat popular sejak tahun 1840 tau! masih mengekalkan dekorasi asal (kolonial British) berikutan taklukan dan pengisytiharan Negeri-Negeri Selat suatu ketika dulu, itulah antara keunikan yang ada di sana.

(walau makan cmni je, kepedasannya memang KAWWWWW!)

Selain itu, berdekatan dengan restoran terkenal itu ada sebuah masjid yang diberi nama Masjid Sultan.
Juga mengekalkan ciri-ciri asal sejak awal pembinaannya, dan kali ini haku berjaya membetulkan persepsi yang pernah aku dengar dulu bahawa azan akan diperlahankan di negara ini.
Hakikatnya TIDAK! masih seperti Malaysia, semuanya sama...:)


Berdekatannya jugak ada Kampung Glam'our', iaitu Muzium Orang Melayu di Singapura.
di dalamnya terisi segala sejarah dan peristiwa yang pernah terjadi sepanjang penubuhan Singapura.
ada sejarah gendang pertabalan diraja, peristiwa perang antara Belanda dan Portugis, abdullah munsyi dan baaaanyak lagi.
Pengunjung akan dibenarkan untuk menulis sedikit warkah ringkas di papan yang disediakan di perkarangan muzium itu.hehe...

macam ini...(Wahhh!)

sesudah tu, haku sempat singgah di kedai fabrik untuk membeli kelengkapan raya tahun ini...haha..jangan main2! nanti bila dan sampai bulan posa, semua dah kalut.xmoh!xmoh!


so, haku belikan sepasang kain shiffon untuk mama. nanti pandai2lah dia nak buat fesyen apa dengan kain tu.
and then, untuk haku sendiri, tahun ni beli kain la pastu p tempah jahit kat kedai..

kaler?hehe..opkosla mesti ikot tema tahunan...kalau tahun lepas dah itam putih, tahun ni...erm, turquoise kot..tak pun emerald green!haha...

pasaipa aku borong sakan (lah sangattt) kat sini sebabnya fabrik kat sini amat murah dan bezanya berkali-kali ganda dengan KL atau Melesia..bahkan kebanyakan pereka fesyen kita amek stock kain-kain bagai kat sini yer...murah kata mereka...dan memang terbuktilah harganya amat berbeda dari tempat kita woooo!


lepas habiskan duit kat sini, kami pon meneruskan perjalanan pulang ke hostel..pasainye dah penat giler kot!
menyusuri Bugis Street macam masuk ke tempat asing lak..menarik!
macam-macam adooo..

hehe...
dalam pada tu haku sempat tengok sedikit prosedur lip modification. depa bukan suntik2 bibir uols, tapi depa kalerkan bibir dengan warna yang kita maukan..
contoh hangpa nak bibir hangpa meletop jadi kaler biru sampai bila2, so depa akan 'cat' la kaler yang dimahukan tu secukup rasa..hehe...ngeri!
hangpa yang rasa member2 haku tuh jangan dok berani buat bende2 ngarut cmni k!

sampai hostel, kami rehat2 kejap kemudian kuar balik menjamu selera di restoran depan la ni ja...
seeeeedaaaaappppp!
pernah dengar OPEH KUEW TEOW?
ha...uniknya tempat ni, depa sediakan masakan yang dibungkus dengan upih pinang yer...hehe...menarik kan?


dan rasanya sangat sedap ok!sangat!sangat!
harga pulak berpatutan. around 10 dolar singapura sepinggan besar yang banyak giler sampai dua orang kene makan tu...hehe..nak cuba?

mai saje..tadaa!

oklah, nak tido...esok ke Universal Studio lak..hehe..


chiaO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan