Isnin, April 11, 2011

Malam Pesona Bintang Adikarma


hahaha! gelak nakal bukan jahat okay

kalau dulu kan, haku selalu tengok budak2 universiti haku ni syiok je kan berjoli sakan, shoping baju kemain lagi dah macam nak raye semata-mata nak g diner final sem.

kalau dulu kan, haku dengki tau dengan mereka semua pasai abis jer diner bertimbun2 gambar depa haploid dalam pesbuk. siap tag bagai nih! bila kuar kat wall haku mula la rasa nak remove masing2...pastu mulala tukar profile pixcas. saje je tau!

kalau dulu kan, amat iri hati tengok semua pakai lawa2, hensem2 semata-mata untuk 1majlis makan-makan beramai-ramai pada masa kurang dari 3 jam. rase nak pegi kat sekor2 kasik penampar dan koyak2kan baju depa. mak aihhh! babeng brutal ngko kan!

dan kalau dulu kan, jeles tau tengok budak2 dapat award bagai..king of the nite la, queen of the moon la...hanjeng tol! tak pernah nak rasa itu semua..

paling hebat pon, haku ni sekadar tukang mekap (jurusolek dan jurudandan dan sponser kostum) je untuk rerakan nak pegi diner.
tu pon dah cukup puas hati..terharu sampai siap nangis2.

(ni rerakan yang sentiasa bersama haku sejak mula2 masuk USM lagi tau..tapi xcukup lagi sorang, abe Shark! dia bz keje..huhu..dari kiri: Camp,Tino,haku, Randy)


yela, zaman belajar dulu mana cukup duit tambah2 final sem.
PTPTipu tuh pon dah habis belum sampai suku sem lagi. bukan boros tapi keperluan lebih banyak daripada kehendak. terpaksa melabur sedikit rezeki yang Tuhan bagi tu...

walau hati bergelojak nak sangat pergi diner, nak rasa apa bestnya diner, nak enjoy dengan rakan2 semua n segala2nya lah tapi hasrat tuh terpaksa dibatalkan dan mungkin gak ditangguhkan dulu. syahdu kan...

Terfikir gak kadang2 konon haku postpone diner ni nak g diner len tak pon nak g diner paling last pasai rasa tu paling special. tapi semua tu sekadar nak sedapkan hati je tau.

(terimalah pose indie band dari kami bertiga!yeahhhh!)


tapi takpe, ada hikmah disebalik setiap kejadian kan.
akhirnya, setelah aku dah convo, dan grad baru dapat jemputan untuk ke majlis makan malam yang mungkin terakhir bagi haku di USM walau diner tu baru permulaan di sana.

yep! baru bermula...
mereka semua baru melangkah setapak ke hadapan. haku amat bangga.
1st bila jemputan tu sampai ke meja haku di KOSMO!, haku nangis tau. eee! overlah ngko!asek nangis je keje!geli mak!

(ni sajor termampu dibeli untuk diner ni...dh cukup vog kot..hehe)


ahhh..lantak la...
ni kisah aku...bukan kisah pasai ko.:P

bermula dari tarikh sampainya kad jemputan tu terus haku overeksaited okeh!
sampaila ke hari kejadian : 03.04.11...
asek berfikir2 nak pakai baju hape, berfikir2 nak pegi dengan apa...n semua bende lah.
maklumla,....1st timer kot...ala2 wanita baru ngandung anak sulung...motif?

walau tempat berubah last minit, tu tak mematahkan semangat haku untuk ke sana gak.
tempat bukan penentu event tu grand atau tak kan...

sebelum ke sana, haku dengan sukarelanya siap tolong mencarikan dress diner lagi untuk SIM (Salwa Intan Munirah) selaku alumni yang akan bersama2 pada malam diner nanti tu...haha...gigih kan?
tapi susah kan kalau empunya badan xde sekali..takot terbeli yang tak sesuwai..mati la mak!

akhirnya, kostum haku dah setel..hehe..
temanya 'Pearl & Diamond'. setuju amat dengan tema ini! cayalah!

(inilah dia Salwa Intan Munirah...lawa kan?)

so, tibalah haku ke acara gilang gemilang Malam Pesona Bintang Kumpulan Kesenian Adikarma USM.

amat terharu akhirnya kumpulan yang baru berusia tak sampai setahun ni dah ada makan malam pertama mereka sendiri.:)

(ini lak Cik Pengarah Projek diner ni..yang gigih dan sangat komited! thumbs up!)


depa letakkan haku bersama VIP. hehe..
well, hangpa dah jemput haku pon dah kira ok. tak perlu nak letak dengan VIP bagai.
makan tak kenyang uols... pasai depanyer aktiviti terlalu banyak. sangat serunuk! sampai tak leh consentret nak makan bagai ni...bukan xde selera, bukan xsudi..tapi xnak lepaskan peluang walau sedetik pon.

kebetulan malam tu ada majlis anugerah Bintang Popular Berita Harian di Genting Highlands.
ada award2...dan di lokasi tempat haku berada pon ada gak award2...

ada Anugerah Pesona, Anugerah Pesona Sepanjang Zaman, Anugerah Emas Pesona, Anugerah Mahogani Pesona, Anugerah Nilam Pesona, Anugerah Juwita dan Pria Pesona serta Anugerah Juwita dan Pria Junior Pesona.

(potong kek Adikarma bersama-sama)

***

Kalau Anugerah Pesona tu depa kata diberi kepada ahli2 yang banyak berjasa sejak penubuhan Adikarma.

Manakala, Anugerah Pesona Sepanjang Zaman menghargai jasa dan sumbangan ahli paling awal bersama Adikarma, sejak bermula penubuhan sehingga tamat pengajian.

Anugerah Nilam Pesona untuk projek terbaik sidang lepas.,.

Anugerah Juwita dan Pria Pesona diberikan kepada pahli yang paling menyerlah dan memberi banyak sumbangan kepada Adikarma..begitu juga junior..yang turut dihargai pada malam itu. semuanya adalah penghargaan kepada ahli yang bertungkus lumus sejak awal enubuhan sampai sekarang.
tu apa yang depa cakap la..
ehhe..

***


Jadinya, malam tu semakin mengharukan haku bila depa kasik award kat haku sekali tau.
siot je kan buat ak taching siap nangis2 depan orang ramai ni...jahat tau!
mula2 depa kasik award Mahogani tu kat haku...sebagai kumpulan terbaik sidang lepas.
hehe...yela, dulu kan haku pernah handel team FESCO USM...
walau tak menang tapi ia meninggalkan kesan yang amat sangat mendalam okeh dan membawa arus perubahan yang major. ayat!xleh blah...

pastuh, depa kasik haku Anugerah Emas tu,...sebagai penghargaan sepanjang masa.
sebagai pengasas dan yang paling banyak menyumbang jasa. gituu...time ni siyes haku tak leh tahan nangis. tak baek tak buat orang2 tua macam haku ni tersentuh. hohoho...

then. ade lagi award last..
iaitu King of The Nite. iaitu Anugerah Raja Pesona. giler la...haku xmasuk bertanding la uolsss...
pitam2! siap ada soal jawab ala2 miss world lak...
tup2, depa iktiraf haku pulak pemenangnye...adoiiii...saje je kan nak kasik haku yang sensitif amat ni nangis dan nangis.

(sebelah haku, Monadilla. dia ni RATU PESONA okeh! jangan main2)

hehe..
jadi, begitulah alkisahnya kenangan yang dah pon jadi sebahagian daripada lembaran sejarah hidup haku.
dan semua award tu kini utuh tersemat di dada kamar dan ditatap setiap kali sebelum mata terpejam dan sesudah roh ditiupkan semula ke jasad.
sangat manis! sangat memorable. THANKS semua..thanks sangat sangat sangat! tak mampu nak membalasnya dengan kata2.


kini, haku dah cukup puas hati.
kini haku dah rasa pakai pakaian vog2 ke diner..

dapat rasa sensasi seronoknya shopping sambil teruja nak ke diner.
dapat rasa gambar di upload di FB dan ditag serta dikomen malah ditukar profile pixnyer..
dapat rasa menang award...malah depa kasik 3 AWARD lagi...
dapat rasa jadi jurumekap, jurudandan, jurusolek dan jurusponser rakan-rakan haku dan diri sendiri untuk ke diner bersama-sama.

dah tak mencarut, dah tak meronta-ronta nangis dan ngamuk kat semua orang, dah tak sakit hati, dah tak persoalkan kenapa rezeki aku tak semurah rakan-rakan lain suatu ketika dulu.
haku bersyukur. inilah hikmah yang Tuhan kurniakan padaku akhirnya.

Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan