Sebelom wa nak teruskan menulis, wa nak mintak maap kalau penulisan wa ini atau yang terdahulu mengguris hati sapa2...maap yer..
terutama yang ni...
memandangkan filem ini berkisar kisah cinta antara pasangan gay (yang mungkin sensitif bagi sesetengah pihak), jadi wa nasihatkan kepada sapa2 yang homophobic sila jauhi daripada membaca entry wa kali ni ye...
filem arahan Poj Arnon ni xculy dah lama dikeluarkan untuk tontonan ramai tau. (tahun 2007 kalau tak salah, time wa baru msk unibersiti nih!).
Tapi entah kenapa mungkin disebabkan oleh faktor sensitiviti, filem ni diharamkan percetakannya di beberapa lokasi termasuk negara kita ni.
Oleh kerana filem ni mengenengahkan isu homoseksual dan keganasan yang berlaku di kota Bangkok, Thailand maka tidak hairanlah filem ini tidak mendapat sokongan lembaga penapisan filem untuk disiarkan di dalam negara kita.
Iyelah, sensitiviti pun kenelah jaga gak kan..kita kan masyarakat timur..
penuh budi bahasa dan adat sopan.ehe~
Tapi, wa melihat dan menganalisis filem ni berlandaskan prinsip2 seni OK.
Isu agama atau moral kita letak ke tepi kejap ye...
Oklah, kalau kita berbicara tentang kisah cinta tak banyak kisah suka duka percintaan sesama jenis ni diketengahkan untuk menjadi tatapan masyarakat.
Padahal kisah ini memang benar2 berlaku. Cuma pengkarya mungkin takut dilabel sebagai cuba mencemarkan maruah filem tempatan.
Apapun wa salute kepada produksi filem ini kerana berjaya membuka mata penonton bahawa CINTA itu luas sangat tafsirannya.
Malah, kalau dikaji kehebatan cinta sebenarnya tidak terjangkau dek akal fikiran dibuatnya.
Semuanya anugerah Ilahi.
Mungkin bagi individu yang berputik cinta mereka pada berlawanan jantina, syukur kerana ujian itu tidak segetir pasangan homoseksual tak kira lah samada lelaki dengan lelaki mahupun perempuan sesama perempuan.
Bagaimana nak bendung?
Itu terserah pada sejauh mana cekalnya keimanan yang terpasak dalam hati.
Tapi bukankan cinta itu datang tanpa diundang? Bagaimana mampu kita menolaknya?
Sekali lagi jawapan itu tidak terletak pada hemat wa.
Baiklah, berbalik pada al-kisah Bangkok Love Story ni...wa sebenarnya mendapatkan salinan daripada seorang rakan wa baru-baru ni. Sudah lama wa mencari filem ini untuk menonton sendiri sejauh mana kehebatan kisah cinta pasangan gay sehingga kata pengkritik sehingga mampu menitiskan air mata.
Hakikatnya, memang benar!
Pengakhirnya tidak mengecewakan dan sangat menyentuh perasaan.
Sebenarnya sepanjang perjalanan filem yang berdurasi 1jam 45 minit ini, storyboardnya agak slow. Mungkin pengarahnya mahu terus menyuntik elemen dramatis dan romantis sepanjang masa sehingga tamat.
Buktinya, selain daripada lantunan muzik yang mendominasi banyak plot cerita, permainan sinematografinya juga boleh dikatakan bertaraf tinggi dan berkualiti.
Selain mempertontonkan kisah cinta, filem ini menonjolkan kehidupan sebenar di kota Bangkok.
Antaranya, penduduk di bandaraya tersebut tidak ditekankan langkah keselamatan ketika di jalan raya. Buktinya penunggang motosikal di sana tidak diwajibkan memakai helmet (di Malaysia pun banyak yang tak ikot arahan sebenarnya kannn)
Selain itu, pengarah mempertontonkan sejauh mana kekuatan struktur pemerintahan dan pentadbiran keselamatan di Thailand. Selain kebanyakan kawasan dipelopori dan ditakluki kumpulan gengster, penduduknya juga bebas memiliki senjata api termasuk kanak-kanak dan wanita.
Daripada elemen garapan jalan cerita, bagi gemarkan filem bercorak aksi mungkin Bangkok Love Story tidak sesuai bagi anda.
Walau ada beberapa adegan aksi tembak menembak, namun pengarah meneutralkan keadaan tegang dengan unsur kekeluargaan dan kasih sayang. Jadi filem ni tak ganas sangat pun.
Selain kisah cinta yang datang tidak diundang antara dua watak utama filem ini (Maek dan Iht), unsur penyakit berjangkit yang tiada penawar seperti AIDS dan HIV juga diselitkan.
Plotnya, pembaca boleh membuka laman wikipedia yang dah menyediakan secara lengkap keseluruhan fakta yang mungkin diperlukan.
Jadi, tak perlu lah wa nak kepoh2 huraikan di sini...
Hakikatnya, memang jalan ceritanya tidak diduga! tambahan penghujung filem ini.
Nasihat wa sebelum menonton filem ni, lapangkan fikiran. Stabilkan mood dan sediakan tisu di sebelah untuk mengesat mana2 air yang mengalir tanpa diduga nanti...huhuhu~
Oklah, wa nak sambung ulang tayang lagi filem ni untuk kali ketiga...
Malam yang suram ni layan perasaan pun bagus gak...
tata..titi...tutu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan