Kepada mereka yang sedang asyik bekerja, lakukan tugasan anda dengan penuh dedikasi dan kurang-kurangkan kontroversi. (boring!!!)
Cenggini, wa nak kongsi sikit acara-acara yang bakal dilaksanakan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) memandangkan wa didedahkan dengan aturcara lengkap oleh mereka.
Baru-baru ni (22 Feb 2011) bertempat di Bora Ombak, Ampang wa diundang oleh En Hasnan (PR JKKN) untuk memeriahkan majlis Serlahan Budaya JKKN yang bertujuan menceritakan dengan lengkap semua acara/majlis yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ni.
Memang meriah! Ada persembahan Dayang Nurfaizah (sila jeles En Randy Daraman)...hahaha...
Tapi bukan itu yang wa nak kongsikan bersama tapi wa dengan rela hatinya mau menginform ampa semua senarai aktiviti yang akan dilaksanakan mereka supaya ampa semua boleh mark kalendar 2011 anda untuk hadir sama memerihkan acara nanti k.
Camni, JKKN pecahkan pengisian aktiviti mengikut perincian 11 konsep iaitu:
1. Program Merakyatkan Seni & Budaya (PMS)
2. Program Bimbingan Seni Budaya
3. Kecemerlangan Seni & Manifestasi
4. Program Keilmuan, Kreatif dan Penerbitan
5. Pencungkilan Bakat
6. Pembudayaan Bahasa, Nilai Murni & Budaya Membaca
7. Aktiviti Khas & Program Kerjasama Seni
8. Pusat Kegiatan Seni Berjadual
9.Produk JKKN
10. Pembangunan Infrastruktur Seni Budaya
11. Perantisan & Penyelidikan
Mungkin agak membosankan kalau wa cuma maklumkan seperti mana di atas, tapi menerusi 11 teras utama ini lah adanya pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan dan penglibatan semua penduduk Melesia ni..
Untuk memudahkan ampa semua memahami wa akan nyatakan senarai aktivitinya mengikut kalendar bulanan 2011 yer.
Januari:
PMS;
i- Inspirasi Kehidupan Nelayan, Pekan, Pahang (9 Jan)
ii- Mari Mengemping, Kedah (15 Jan)
iii- Pesta Ponggol, Labis, Johor (15 Jan)
iv- 1Malaysia Johor, Johor (22 Jan)
v- Kenduri Rakyat, Labis, Johor (22 Jan)
Februari:
PMS;
i- Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu (18-19 Feb)
ii- Kenduri Rakyat, Wangsa Maju, KL (19 Feb)
iii- 1Malaysia Melaka, Merlimau Melaka (21 Feb)
Kuliah Budaya I, Bangunan MAS, KL (23 Feb)
Pesta Angin Timur...Di Bendang, Mukim Sanglang, Perlis (26-27 Feb)
Mac:
PMS; i- Kenduri Daun Pisang, Jasin, Melaka (1Mac)
ii- Komuniti Merlimau Pasir, Merlimau Pasir, Melaka (4Mac)
iii- Ampang Jaya, Kg Melayu Ampang, KL (19Mac)
iv- Kuala Pilah, N9 (26Mac)
Citra Budaya Adat Perpatih, Taman Budaya N9(11-13 Mac)
Majlis Pelancaran Program Pembudayaan Bahasa KPKK, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL (17 Mac)
Semarak Bangsawan 'Siti Zubaidah', Panggung Bandaraya, KL (18-20 Mac)
Arts in the Park, Taman Tasik Perdana, KL (26Mac)
Kuliah Budaya II, Bangunan MAS, KL (30Mac)
April:
Konsert 'In LOve With Peace' Jelajah IPTA/S,
UKM (9Apr), UiTM Shah Alam (16Apr), Univ Lim Kok Wing (23Apr), UM (30Apr)
Pesta Durian Johor, Segamat, Johor (9-10Apr)
Semarak Bangsawan 'Tasik Dayang', Panggung Bandaraya, KL (22-24 Apr)
Festival Boria 1Malaysia, Kg Seronok, Penang (29Apr-1Mei) Festival Seni Gunung Ledang, Tangkak, Johor (29Apr-1Mei)
Mei:
Kem Koir Kebangsaan, Port Dickson (6-8Mei)
Kembara Berakit Antarabangsa Sg Pahang (8-14Mei)
PMS;
i- GOtong-royong 1Malaysia, KL (21Mei)
Semarak Bangsawan 'Mestika Bumi', Panggung Bandaraya, KL (20-22Mei)
Bengkel Tatarias Seni Persembahan, KL (27-28Mei)
Pesta Durian Perak, Dataran Bukit Gantang (28-29Mei)
Jun:
Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia
Bengkel Tatarias Seni Persembahan, Kuching, Sarawak (3-4Jun)
Semarak Bangsawan 'Alang Buana', Panggung Bandaraya, KL (10-12Jun)
Temasya Pantai Timur, Terengganu (10-12Jun)
Kem Penataan Cahaya, Taman Budaya JKKN Pahang (17-20Jun)
Festival Permainan Tradisi: Gasing, MATIC, KL (18-19Jun)
Showcase KL Festival, KL & Shah Alam (18,19,25Jun)
Julai: KL FESTIVAL
Paper Launch KL Fest 2011, Plaza Tol KL (1Jul)
Festival KL 2011, KL (1-31Jul)
Festival Muzik KL, Istana Budaya, KL (1-3Jul)
Siri Teater Tradisional Malaysia, Panggung Bandaraya, KL (3,9,10,30,31Jul)
ASEAN Traditional Music Camp, KL (14-17Jul)
Festival Samrah, KL (16-17Jul) Temasya Tari 1Malaysia, Auditorium DBKL (20-24Jul)
Festival Padi Langkawi, Kedah (23-24Jul)
Pusat Seni Setempat, KL (30 jul)
Ogos:
Sambutan Kemerdekaan ke-54, KL (31Ogos)
September:
Festival Kesenian Rakyat Malaysia, KL (17-18Sep) Festival Hang Tuah, Melaka (23-25Sep)
Semarak Bangsawan 'Malim Deman', Panggung Bandaraya KL (23-25Sep)
Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka, Auditorium DBKL (24Sep)
Bicara Ekslusif Budaya, KL (27Sep)
Oktober:
Pertandingan Balas Pantun agensi Swasta-Kerajaan, Panggung Bandaraya KL (1Okt)
Kem Pengurusan Produksi, Pahang (1-4Okt)
Festival Dikir Barat Perdana, Kelantan (7Okt)
International Fora: ASEAN's Best Practices of NGOs in Culture & Arts, Ayer Keroh, Melaka (7-9Okt)
Karnival Kesenian Johor: Sounds of Johor, Teluk Danga, Johor (7-9Okt)
Semarak Bangsawan 'ASWA', Panggung Bandaraya, KL (14-16Okt)
Inspitari, Auditorium DBKL (18-23Okt) Pesta Joget 1Malaysia, Melaka (20-22Okt)
Rhythms of Kinabalu, Kundasang, Sabah (21-22Okt)
Temasya Seni Bela Diri, KL (22-23Okt)
Pesta Kolam Antarabangsa, KL (23-25Okt)
Semarak Bangsawan 'Kemala Sakti Kesuma Ningrat', Panggung Bandaraya KL (28-30Okt)
November:
Eksporasi Mak Yong, Panggung Bandaraya, KL (11-13Nov)
Festival Kesenian Orang Asli & Peribumi Antarabangsa, KL (12-14Nov)
Festival Kesenian Kanak-kanak, MATIC KL (16-20Nov)
Festival Gong Antarabangsa, Bau, Sarawak (18-20Nov)
Konsert Koir Kebangsaan, ASWARA (25-26Nov)
Disember:
Pertandingan Nyanyian Lagu2 Melayu Antarabangsa, Angkasapuri, KL (4Dis) Majlis Anugerah Seni Negara, Istana Budaya, KL (7Dis)
*event yang diboldkan tu highlight utk wa wajib hadir...hehe~
Oklah, setakat ni sajor buat masa sekarang. Nanti kalau ada updater terkini wa akan maklumkan segera.
Sebarang maklumat boleh rujuk ke laman sesawang rasmi JKKN: www.jkkn.gov.my
daaaa~
sebelom undur diri sedikit buah tangan untuk buah hati sekalian:

useful referencelink this contact formwhy not try these out useful referenceyou can look here
BalasPadamاستخراج 36 راتب
BalasPadamتسديد قروض 36 راتب