Selasa, November 09, 2010

Megamind #1 in US



Memetik sumber dari AFP, filem animasi Megamind mengungguli carta filem pecah panggung di Amerika Syarikat sejak ditayangankan. Filem ni berjaya kutip 47.7 juta dolar dah.


Selain itu, Megamind berjaya ketepikan dua filem lain yang ditayangkan pada waktu yang sama iaitu Due Date dan For Colored Girls. Masing-masing dengan kutipan 33.5 dan 20.1 juta dolar.


Tangga keempat pula dipegang oleh filem Red yang dibintangi Bruce Willis, Morgan Freeman, John Malkovich dan Helen Mirren dengan pungutan 8.6 juta dolar.


Sempena sambutan Halloween, filem Saw 3D menemui penonton di sana yang berjaya mengutip 8.2 juta dolar.


Pun begitu, filem Social Network yang ditunggu-tunggu oleh peminat di Malaysia hanya mampu berada di tangga ke 10 dengan kutipan 3.6 juta dolar sahaja.


Berikut adalah ranking terkini filem yang ditayangkan di US yang turut menemui penonton di Malaysia.


1- Megamind (47.7 juta dolar)

2- Due Date (33.5 juta dolar)

3- For Colored Girls (20.1 juta dolar)

4- Red (8.6 juta dolar)

5- Saw 3D (8.2 juta dolar)

6- Paranormal Activity 2 (7.3 juta dolar)

7- Jackass 3D(5.1 juta dolar)

8- Hereafter (4.2 juta dolar)

9- Secretariat (4 juta dolar)

10- The Social Network (3.5 juta dolar)



Selamat menonton kepada peminat tegar panggung wayang yeah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan