Alhamdulillah, berkata rezeki yang dikumpul setengah tahun dapat jugak aku menjejakkan kaki ke tempat yang popular dengan warisan dunia: Candi Borobudur.
Pemandangan dari atas kota Yogyakarta |
Tiket penerbangan aku dan tiga kawan2 aku tempah awal lagi. Jadi seorang cuma perlu bayar RM150 pergi balik tak termasuk luggage. So total up semua korang boleh dapat RM200 untuk keselesaan tanpa perlu bawak bagasi naik kabin. Yup! Seperti biasa, kami berempat naik Air Asia.
Adisucipto Airport |
Sementara menunggu ketibaan Puthut Ardianto (Kawan baharu kami yang diperkenalkan oleh Senior Reporter, Abang Hamzah), kami pekena teh botol. Itu kewajipan apabila ke sana. Dalam pukul 7 waktu Yogya, dia sampai bersama sepupunya, Iling dan kami ke rumah dia di Celeban, bandar Yogya jugak ar.. Rumah Puthut ni double storey yang dah dijadikan butik kat bawah. Oh btw, Puthut adalah lecturer bahasa Inggeris di University Muhammadiah Yogyakarta merangkap seorang fashion designer jugak tau. Pengkhususan dia adalah batik yang sememangnya amat popular di Yogya!
Malam pertama Puthut bawak kami makan malam di Bale Rama, restoran yang menghidangkan makanan kegemaran raja-raja istana sana. Menarik minat aku adalah Manuk Nom, iaiatu pencuci mulut yang diproses daripada beras pulut dan dihidangkan bersama kerepek pahit. Cara makannya, patahkan kerepek pahit dan calit Manuk Nom tu sekali. Kenapa dipanggil begitu? Kerana bentuknya macam burung (manuk ertinya burung).
Manuk Nom |
Zaman dulu dipercayai raja2 akan memilih kesatrianya melalui ujian ini. Kalau rakyatnya berjaya melepasi dua pokok itu maka rakyat itu dianggap memiliki hati yang bersih. Jadi, rakyat itu bisa taat kepada rajanya.
Aku pun tak melepaskan peluang mencuba sekali. Then.... Tekalah lepas ke tidok?!!!
Yes! LEPAS lahhh... So, i boleh lah jadi pahlawan raja Yogya kan? hehe.. kidding! Sebenarnya kata Puthut ujian itu sangat sukar untuk dilepasi dan aku adalah orang pertama yang dia bawa ke sana yang berjaya lepas pokok itu. Happy tak?
Kalau korang leh tengok sendiri ramai yang akan tersasar tau. Pergi ke kiri lah, kanan lah.. Alif pun cuba gak tapi dia tersasar ke kiri sampai ke gerai rama2, Syed langgar pagar pokok sebelah kanan dan Adlan sampai ke gerai belon sebelah kanan. Kita coba lagi ya kawan2!
Dari kiri: Adlan, Puthut, Rico, Kak Liena, Alif, Aku, Syed, Zurich & Kenya |
Selain itu, tempat tu juga menarik sebab ada Andung (basikal yang dimodified utk kegunaan tiga atau lebih orang sekaligus) dan dihiasi dengan lampu dan muzik yang meriah. Tiga kali pusing padang tu bayarannya 50,000 rupiah (lebih kurang RM17). Ohya, kami disertai Rico (teman Puthut), Kak Liena (kakak Puthut), Iling, Zurich & Kenya (anak Kak Liena).
Rico, Puthut, Syed dan belakang tu Alif, Kak Liena dan Aku |
Hari kedua:
Bermulalah kisah kehidupan kami di sana. Malam pertama menumpang tidur rumah Puthut. Penat tu penat tapi eksaited nak borak2 ngan dia. Banyak belajar pasal pedagogi batik Yogya. Lepas breakfast pagi tu makan Nasi Gudeg kami dihantar Iling, Rico dan Kak Liena ke hotel Sweet Home di Jalan Malioboro (pusat bandar Yogya). Penginapan kami untuk enam hari adalah 2,000,000 rupiah (RM650) untuk dua bilik. Hotel tu hotel baharu dan servis lumayan. Tapi hotel bajet aja sebab kami nak tempat untuk rehat dan tido. Xperlu bermewah!
Tengahari tu kami hire supir yang datang dengan kereta toyota avanza. Mewah rasanya. Bayaran sehari untuk transport 300,000 rupiah (RM100) yang dibahagikan 4 orang. Kami ke selatan Yogya dulu hari tu.
1) Makam Imogiri
- Ini adalah kuburan raja2 Yogyakarta. Ada raja2 kerajaan Mataram, Yogya dan Solo. Makam paling tinggi dan paling banyak pantang larang adalah raja Mataram I. Nak melawat dalam setiap makam mesti pakai pakaian khas yang dah diprovide. Then xboleh ambil gambar. Pernah ada kes orang yang ambil gambar curi dalam tu pengsan serta merta ye. Daulat!
- Makam Raja Mataram I adalah makam tertinggi dan teragung di situ. Istimewanya sebelah makam tu ada tanah seluas 2 meter yang berbau harum sampai sekarang. Jurukunci di situ cerita tanah tu dari Mekah yang dicampakkan oleh raja tersebut sebab terlalu inginkan dirinya dimakamkan di Mekah tapi keluarga xbagi. Untuk masuk ke tempat tu kena lepasi 8 kali tol dan setiap tol kena bayar wang kertas tak kiralah berapa pun jumlahnya.
- Ketika kami dminta sujud mencium tanah harum tu jurukunci yang ada sebelah kami mendoakan kesejahteraan kami.
Sampai tangga ni je boleh amek gambar.. atas lagi tu prohibited! |
dorang cakap wanita bertudung xleh masuk |
Ada 534 anak tangga nak kena daki |
2) Sand dune
- Lokasi ini femes sebab ramai shoot video klip di situ. Antaranya Matahariku, Agnes Monica. Lawa tau tempat tu. Ia adalah dataran pasir yang diterbangkan dari kawasan pantai ke kawasan bukit dan tidak ditumbuhi sebarang pokok pun kat atas pasir tu. Apa lagi, feelinglah kan!
mampu tak? |
3) Pantai Parangtritis
- Susah tak nak sebut? Ok, pantai ini ada mistikalnya. Pengunjung tak dibenarkan pakai sebarang pakaian warna hijau sebab warna itu adalah warna kegemaran Ratu Roro Kidul (penjaga laut). Dan sesapa pakai kaler ijau akan menerima kecelakaan. Not even underwear!!!
- Pengunjung akan dimaklumkan siap2 sebelum ke pantai tu. Jadi, beware yer. Lagipun, pantai tu tak sesuai kalau nak mandi pun. Curam, ombak besar dan berteluk2. Bahaya!
- Kami makan seafood kat sana. Kos 45,000 rupiah (RM15) untuk 5 orang makan. MUrahkan!
- Malam tu kami dibawa Puthut dan Rico ronda2 sekitar Malioboro. Nongkrong di waroeng tepi jalan waktu malam sambil saksikan suasana sekitar Alun Alun Utara adalah marveles. Kami merasa Ronde (macam laichikang yang dihidang panas dan lebih banyak herba).
Pantai Parangtritis |
Last sekali, pose meletop dari I! |
...bersambung next entry yer. Aku penat dah menaip. Kalau banyak lagi, nanti korang jemu nak baca panjang2kan... Stay tuned tau! muah!
Nota kuku kaki kurap: setiap hari Khamis malam di Alun Alun Utara ada sesuatu yang istimewa berlaku di sana.
top article u2n33z2j00 replica louis vuitton bag replica bags supplier r6g98q6a37 9a replica bags official site i3i20i9k64 replica bags by joy i thought about this n8p38a8j86 replica louis vuitton bags replica bags online pakistan u9w46n3u62
BalasPadam