Isnin, Oktober 03, 2011

Patutkah Sentap?

(ini kawan2 aku...kitorang dari 1st year lagi sentiasa bersama...mengharu-birukan USM pn bersama2...dari kiri belakang, Shark, Camp, Ren, Aku n yang depan Tino)

hye uol,
aku hari ni bukan nak citer masalah aku yang suka sentap kat orang tak tentu pasal ni...
tapi insiden ni terjadi kat aku baru-baru ni...

Kadang-kala terfikir2, patutkah aku luahkan kat belog segala benda?
Tapi bila difikirkan balik, aku rasa patut! sebab 1- Aku tak der tempat mengadu, 2- Orang itu patut disedarkan, 3- Aku betul2 sentap giler!!!rasa nak tumbuk dinding je ni...

ok, mcm ni yer anak2...
perjalanan aku ke Penang baru-baru ni dirancang terlebih dahulu sebenarnya...awai aku plan tau...
so, dalam pada memplankan diri untuk ke sana, macam2 perasaan bercampur baur!
yela, dapat jumpa kawan2 lama yang dah dekat setahun berpisah..dulu, tiap2 malam dok sakai kat USM tu...
jadinya aku berjaya mengapply cuti selama seminggu untuk acara konvokesyen USM kali ni..lama kan? mujur aku ada boss yang cool, sporting dan baek hati yang memahami situasi aku..huhuk~(baling bunga kat bos!)

sepanjang persiapan ke sana, aku berjaya dapatkan kostum 70-an yang disewa dari KL untuk dibawa untuk show di Penang, aku jerih perih mengumpul harta sikit untuk dibawa kesana, cuba untuk carikan hotel/motel untuk kawan yang mungkin agak sussah untuk dapatkan kemudahan itu. Semua itu adalah kudrat, tenaga dan masa...bukan percuma! kos perhubungan pon bukan percuma...tapi aku tak berkira..yang penting dapat jumpa kawan2 dah cukup hepi. hepi sampai rasa nak nangis tau!

tapi, bila sampai sana layanan lain yang aku terima.
sampah i think!!! well, as saying goes 'expect the unexpected'! then i'm done there!
i dah dapat apa yang i tak pernah terduga untuk dapat...
why, some people treat their friend like HELL? why? why???

sumpah aku terasa giler beb! giler!
macam aku pernah cakap, aku boleh tolong sedaya yang termampu...
tapi kenapa nak jadikan aku rasa bersalah giler? aku datang Penang untuk enjoy ok. bukan nak pening kepala sebabkan sesuatu perkara. fine if that was a punishment for me...tapi punishment for frikin what?huh! chill jap~


ok, abis that part! actually, sekarang baru aku percaya yang manusia boleh berubah...sama macam pepasir tepi pantai..sekali datang ombak, muka dan rupanya terus berubah...
tapi kenapa perlu berubah? adakah itu menandakan kematangan? nope!

perubahan ni macam2 sebenarnya, ada yang positif dan ada yang negatif..tapi bila sampai part negatif itu yang membuatkan kita rasa len macam dan tak puas hati kan?
tak perlu nak berubah kalau jadi budak jahat! bukan macam ni solusi sesuatu masalah kn kawan2?


ok, abis dengan perubahan perangai yang mengganggu jiwa...
ni part yang lagi best! selama ni aku selalu cakap yang Bebee aku tu tak pernah rasa bontot aku kat seat belakangnye kan..ha! now dia dah boleh rasa! hehe...
p/s: Bebee tu nama kete aku! jangan pk lain!

akhirnya for the first time aku tido dalam kereta & tak mandi seharian...siot je kan?
macam korang sedia maklum tadi, aku ade citer yang sebelum g penang aku berusaha keras nak tempah hotel kan..time tu murah lagi...tapi dek kerana kata2 yang meyakinkan aku supaya tak tempah hotel then aku pn tak cancelkan semua tempahan..balasannya, tak der tempat tinggal dan tido dalam kereta! demmmmmm!


tambah sadis, sifat plastik atau kepura-puraan menjelma dalam diri seseorang...
satu situasi ni, ketika perjalanan ke USM dalam kete borak2 baik2 je...tapi bila dah sampai USM, dah jumpa 'kawan sebenar' dia, terus berubah! totally! gila ngko!
sampaikan siap jeling2 aku...apedehal???kalau ye pn nak pergunakan aku, tak perlu nak sakitkan hati aku...better doakan aku mampos tengah2 jalan ke...atau awal2 lagi jangan bagi aku g Penang tuh! sentap siyal!


abis part plastik surgeri, ni part barang2 penuh dalam kete aku...
gini, sebelum aku bertolak ke Penang aku dimintak tolong supaya bawak lappy + iron...
lappy utk cut lagu sebab plan kami nak gathering & menari di sana..iron utk seterika baju la ape lagi! susah wooo! tau2 jelah lappy aku tu cam gampang! kene bawak sekali ngan skrin bagai..
tup2 sampai sana orang yang memintak aku bawa mendalah tu lak buat hal...bikin panas sampai aku rasa bodoh dan diperbodohkan...celaka tul hidup ini...


actually,baaaaanyak lagi insiden pahit yang aku terima kali ni...
aku tak tahu nak ngadu kat sapa...
terfikir nak blah dari tanah itu dan kembali ke KL tapi fikirkan balik apa perasaan rakan2 lain yang mungkin menantikan kehadiran aku...
apa kata mereka kn?
takpe lah, aku tolak ketepi dulu semua masalah bodoh tu...aku enjoy sepanjang tempoh yang masih berbaki di sana...dan syukur Alhamdulillah, ada mereka2 yang kesian kat aku n pelawa aku join show ngan dorang...thanks kawan2...xoxo!


sangat pedih! air mata? tok sah cakap la, berjujuran!!!...boleh buat hantaran kawen sultan mahmud melaka dh kot...sedih bila member2 buat aku camni...
janji nak keluar sesama...tapi larikan diri, menyepi...siap boleh g tengok wayang ngan orang lain twice! in fact langsung tak de masa untuk aku dan rakan2 lain*(yang dah janji awal2 nak jimba sesama!!!)...

fikir2 balik, adakah salah aku dimana2? andai ada, 10 jari ku susun mohon ampun...

i'm missing that old time..old you...and old segala bende lah..
fine jika itu pilihan/kehendak anda selaku manusia yang punyai akal untuk menilai kaca atau permata...
jika persahabatan yang dibina bertahun2 musnah dalam sekelip mata...
aku pasrah, reda dengan ketentuanNya...
semoga persahabatan yang masih berbaki bersama taulan2 terkini akan terus erat terjalin selama2nya... i LOVE u guys~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan