"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Surah Al-Qadr ayat 1-5)
Alhamdulillah, sudah fasa terakhir kita di bulan mulia penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak. Menjelang ke detik akhir sebelum berakhirnya Ramadan, pasti ramai yang tidak mau terlepas bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, malam di mana al-quran diperturunkan dan malam di mana malaikat Jibril turun ke bumi mencatur segala urusan umat.
Ayat surah Al-Qadr sudah jelas menerangkan keunikan dan keajaiban malam Lailatul Qadar.
Waktu sebenar terjadinya malam itu tidak dinyatakan sepenuhnya secara jelas di dalam Al-Quran namun, pencarian malam itu ditekankan pada 10 malam ganjil terakhir di bulan Ramadan.
Tapi, malam Lailatul Qadar ada juga dikaitkan dengan mitos masyarakat kita bahawa petanda2 berlaku malam itu boleh dibaca melalui pergerakan alam antaranya:
Air sungai berhenti mengalir
Pepohon menunduk
Langit berwarna merah
Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya kita tidak seharusnya menumpukan ibadah pada malam2 tertentu saja, ikhlaskan diri beribadat kerana Allah.
Wallahualam~

Sabda Rasulullah (s.a.w):
"Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa." (HR. Bukhari)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa." (HR. Muslim)
Kenapa 10 malam terakhir?
Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan kerohanian dan kesedaran yang tinggi. Maka ia adalah saat terbaik mendapatkan momentum untuk melakukan ibadah.
Selain itu, oleh kerana malaikat juga turun pada malam tersebut, sekali gus mendorong orang mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga
pagi.
Pun begitu, kehadiran malam Lailatul Qadar dapat dikenal pasti melalui beberapa petanda pada malam atau siang.
Antaranya:

- Bertambah terang sinar cahaya pada malam Lailatul Qadar berbanding malam2 lain.
- Malaikat menurunkan ketenangan dan kelapangan hati sehingga kita dapat rasa kenikmatan beribadah.
- Kadang kala, kita dapat melihat malam itu melalui mimpi dengan izin Allah, seperti yang terjadi kepada sahabat2 Rasulullah.
- Malam yang penuh kelembutan, udara tidak terlalu panas, tidak terlalu dingin, angin bertiup tenang.
Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya aku diperlihatkan Lailatul Qadar lalu aku dilupakan, ia ada di sepuluh malam terakhir. Malam itu cerah, tidak panas dan tidak dingin bagaikan bulan menyingkap bintang-bintang. Tidaklah keluar setannya hingga terbit fajarnya." (HR. Ibnu Hibban)
Jika siangnya pula:
Jika siangnya pula:
- Matahari terbit dengan keadaan jernih, sinar tidak tersebar dan menyilaukan.
"Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) mengkhabarkan kepada kami: "Sesungguhnya matahari terbit pada hari itu dalam keadaan tidak tersebar sinarnya"". (HR. Muslim no.762, 2/828)
- Sebagaimana suasana lembut dan tenang pada malam Lailatul Qadar, demikian juga dengan udara dan keadaan pada pagi harinya.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, bahawa Rasulullah (s.a.w) mengajarkan kepada kita agar membaca doa berikut saat menemui Lailatul Qadar:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Maaf, Engkau mencintai pemaafan, kerana itu berikanlah maaf kepadaku."
- Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali ada memberi petua untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
- Ahad atau Rabu – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan.
- Isnin – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan.
- Selasa atau Jumaat – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan.
- Khamis – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
- Sabtu – maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
Tapi, malam Lailatul Qadar ada juga dikaitkan dengan mitos masyarakat kita bahawa petanda2 berlaku malam itu boleh dibaca melalui pergerakan alam antaranya:
Air sungai berhenti mengalir
Pepohon menunduk
Langit berwarna merah
Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya kita tidak seharusnya menumpukan ibadah pada malam2 tertentu saja, ikhlaskan diri beribadat kerana Allah.
Wallahualam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan